Penghantaran Ubat Melalui Pos Secara Percuma! Stay Home, Stay Safe!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Pos Malaysia telah menawarkan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma! Ini merupakan sebuah inisiatif prihatin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meringankan beban pesakit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Cara Mendapatkan Perkhidmatan Penghantaran Ubat Melalui Pos

1# Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

2# Pesakit didaftarkan jike kriteria dipenuhi.

3# Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan.

4# Bekalan ubat akan dihantar melalui Pos Laju ke rumah pesakit.

Bergantung kepada farmasi di fasiliti kesihatan berhampiran, anda boleh menghubungi mereka 7 hari sebelum ubat anda habis (hari bekerja). Anda perlu mengemelkan gambar kad pengenalan, gambar preskripsi ubat hadapan dan belakang, nombor telefon untuk dihubungi serta alamat terkini.

Ubat-ubatan yang dibekalkan melalui perkhidmatan UMP adalah seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin, pesakit disaran menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS),  pesakit boleh menghubungi unit farmasi di kemudahan KKM atau tempat menerima rawatan untuk didaftarkan bagi mendapatkan perkhidmatan itu.

Senarai Hospital dan Klinik

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *