Home Lifestyle 8 Tips Untuk Membersihkan Kasut Yang Kotor! Nampak Macam Kasut Baru!

8 Tips Untuk Membersihkan Kasut Yang Kotor! Nampak Macam Kasut Baru!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan cara untuk membersihkan kasut yang kotor dengan mudah! Kasut lama pun nampak macam baru! Selamat mencuba!

1# Gunakan Soda Bikarbonat

Soda Bikarbonat merupakan agen pembersih yang semula jadi, ia juga berfungsi untuk menghilangkan bau yang tidak diingini. Hanya taburkan sedikit soda bikarbonat pada kasut, kemudian berus sekejap, biarkan semalaman, siap!

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

✅ 2# Gunakan Ubat Gigi

Ubat gigi boleh digunakan untuk membersihkan kasut dengan berkesan. Picitkan sedikit ubat gigi pada berus gigi yang lama/terbuang, kemudian beruskan bahagian tapak kasut, kemudian biarkan selama beberapa minit, gunakan kain basah untuk buangkan ubat gigi.

✅ 3# Gunakan Cuka

Sifat keasidan dalam cuka dapat menghilangkan bau kasut yang bersifat kealkalian. Caranya, campurkan 2 cawan cuka dengan 8 liter air, kemudian masukkan kasut yang berbau peluh ke dalam campuran cuka untuk hilangkan bau.

✅ 4# Gunakan Tepung Jagung

Taburkan tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap bau peluh yang tidak diingini. Sekiranya terdapat kotoran pada kasut kain, boleh gunakan campuran tepung jagung dan air untuk hilangkan kesan kotoran tersebut. Lapiskan kesan kotoran dengan campuran tepung jagung dan air, biarkan kering, kemudian tanggalkan lapisan tepung jagung.

✅ 5# Gunakan Larutan Alkohol

Gunakan alkohol yang boleh didapati di farmasi, boleh menghilangkan kesan kotoran pada kasut kulit. Caranya, guna putik kapas untuk celupkan sedikit larutan alkohol, kemudian bersihkan kotoran pada kasut, biarkan selama 30 minit, lapkan kotoran pada kasut, siap!

✅ 6# Gunakan Kertas Pasir Untuk Hilangkan Kotoran Degil

Gunakan kain lembut untuk menggosok kesan kotoran pada kasut, kemudian gunakan kertas pasir untuk gosokkan kotoran degil.

✅ 7# Gunakan Kertas Pasir Untuk Gosokkan Tapak Kasut

Untuk elakkan terjatuh disebabkan tapak kasut yang licin, boleh gunakan kertas pasir untuk gosokkan pada tapak kasut yang permukaannya licin supaya ia menjadi lebih kasar.

✅ 8# Gunakan Lilin Untuk Kurangkan Terkena Kotoran

Kasut mudah menjadi kotor apabila basah. Jadi gunakan lilin dan gosokkan pada kasut, kemudian keringkan pengering rambut. Ia boleh menjadikan kasut kalis air dan tidak mudah menyerap kotoran atau debu.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment