Inilah Kebaikan Tanam “Snake Plant” Dalam Rumah!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksik dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.

5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT

1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.

3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.

4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.

5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.

6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.

Sumber: Fidz

CARA MEMINDAH SNAKE PLANT KE PASU KECIL

1# Potong mana bahagian akar terkeluar seperti dalam gambar.

2# Ini hasil yang potong dengan akar.

3# Tak dapat akar, potong daun. Bahagian bawah potong menyerong. Potong menyerong supaya lebih permukaan pada hujung batang daun. Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam.

4# Jenis pasu berlubang.

5# Tutup lubang dengan surat khabar.

6# Masukkan tanah 3/4 penuh.

7# Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah. Ikutlah krativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.

8# Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.

PS: Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi. Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

Sumber: Huda Zainal

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *