Semakan Status Blacklist Imigresen Secara Online!!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Adakah anda disenarai hitamkan (blacklist) oleh Agensi Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), PDRM, SPRM, Bank Negara, KWSP, Jabatan Penjara, perintah mahkamah ataupun diisytihar sebagai bankrap?

Sekiranya YA, maka anda akan dihalang untuk melakukan perjalanan ke luar negara atau memperbaharui pasport.

Dengan ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyediakan satu laman semakan atas talian untuk Warganegara Malaysia membuat semakan status senarai hitam oleh Imigresen.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

CARA SEMAKAN STATUS SENARAI HITAM (BLACKLIST) IMIGRESEN SECARA ONLINE

Langkah 1# Klik pautan https://sspi.imi.gov.my/SSPI/

Langkah 2# Masukkan No Kad Pengenalan

Langkah 3# Tekan butang “Semak”

Sekiranya anda tidak disenarai hitamkan, maka status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan”, dan anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini. 

* Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak, adalah tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri.

Punca-punca Disenarai Hitam

Berikut merupakan punca-punca yang berkemungkinan menyebabkan anda disenarai hitam dan dihalang ke luar negara:

1. Gagal membayar cukai pendapatan LHDNM

3. Gagal membayar levi pekerja asing

4. Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara

5. Seseorang yang diisytiharkan bankrap

6. Peniaga tidak membayar GST

7. Majikan gagal melunaskan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja

8. Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *