Resepi Puding Oreo Milo~ Kegemaran Anak-Anak!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan resepi puding oreo milo yang sedap, sesuai dijadikan manisan pada petang yang panas! Memang kegemaran anak-anak! Jom buat hari ini!

RESEPI PUDING OREO MILO FY

Bahan-bahan:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 1 bungkus agar-agar @ 25gram
  • 6 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 1 bungkus Oreo 137gram

Cara-cara:

1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.

2. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut.

3. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.

4. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut.

5. Gunakan garpu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.

6. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.

Sejukkan. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit: fauziah yahya

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *