Follow Kami di Facebook Page mymedia.my
Teringin nak makan kek sarang semut, tapi selalunya kena perap-perap lagi, leceh kan? Jom cuba resepi berikut, resepi kek sarang semut yang paling mudah!
KEK GULA HANGUS / SARANG SEMUT
Bahan-bahan:
Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 130 g marjerin
- 4 biji telur gred B
- Setengah tin susu pekat
- 1 sudu besar baking soda
- 1/3 sudu kecil garam halus
Cara-cara:
1. Masak gula halus dan air panas untuk jadikan karamel. Bila gula dengan air dah larut dan brown color ,masukkan marjerin , kacau sebati kemudian tutup api dan ketepikan dulu.
2. Mix telur + susu + baking soda + tepung + garam guna kelajuan perlahan, tak perlu nak telur tu kembang bertanduk bagai k. Mix dalam 5 minit je cukup.
3. Kemudian masukkan pula gula hangus ke dalam adunan tadi dan pukul sebati. ( pastikan gula hangus masih suam2 ye.
sebelum masukkan dalam loyang ,tapis dulu dan buang yg berketul2 kalau ada.
4. bakar suhu 140 ,60 minit
**gunakan loyang 6 @ 7 inci
Credit : Mohd Kholil Musa
✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG】
Mari Like Facebook Page Kami !
Follow Kami di Facebook Page mymedia.my