Resepi Karipap Yang Sedap dan Mudah Dibuat!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia. Karipap yang tradisional biasanya berinti kentang kari dengan kulit yang ranggup. Berikut merupakan resepi karipap kentang yang sedap dan mudah dibuat! Peminat-peminat karipap, jom belajar dan buatlah di rumah!

[Inti Karipap]

Bahan-bahan:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 5 biji kentang/ ubi keledek oren (potong dadu)
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 genggam udang kering (rendam sekejap)
  • 1 genggam ikan bilis
  • sedikit gula dan garam
  • ½ kiub pati ikan bilis (optional)

Cara-cara:

1. Kisarkan udang kering bersama ikan bilis.

2. Tumiskan bawang semua.

3. Masukkan udang dan ikan bilis kisar.

4. Masukkan serbuk kari. Gaul hingga naik bau.

5. Masukkan kentang dan sedikit air. Gaul hingga mendidih.

6. Perisakan dan gaul hingga kentang empuk. Siap!

[Kulit Karipap]

Bahan-bahan: 

  • 250 gm butter
  • 400 gm tepung
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula aising/halus
  • sedikit air sejuk

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.

2. Masukkan butter. Butter ini pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil. (Kalau macam dah nak lembut, masukkan semula ke dalam peti ais bagi keras semula)

3. Ramas semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

4. Tambahkan sedikit air sejuk dulu, kalau adunan dah lembut dan boleh dibentuk, maka tidak payah letak air sejuk lagi.

5. Kalau masih berderai, tambahkan lagi sedikit air sejuk sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.

6. Rehatkan 15 minit, kemudian bentukkan ikut kegemaran anda.

Masukkan inti kentang kari, bentukkan ikut kegemaran anda.

Inilah hasilnya.

Kredit: Nurhayati Abd Malek

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *