Home Resipi Masakan Dua Cara Mudah Buat Kek Gula Hangus: Versi Air Fryer & Versi Oven!

Dua Cara Mudah Buat Kek Gula Hangus: Versi Air Fryer & Versi Oven!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan dua cara mudah untuk buat kek gula hangus (Honeycomb Cake), versi air fryer dan juga versi oven! Anda minat yang mana satu?

Resepi Kek Gula Hangus Versi Airfryer

Bahan A

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar marjerin

Masak gula hingga keperangan. Kemudian, masukkan air panas dan mentega. Tunggu hingga gula betul-betul larut. Ketepikan.

Bahan B

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan tepung gandum

Cara Buat:

1. Pukul telur jgn terlalu kuat, kemudian masukkan susu pekat, esen vanila dan tepung serta soda bikarbonat yang telah diayak. Gaul rata.

2. Satukan bahan A ke dlm bahan B. Letak dlm loyang yang telah digriskan dengan marjerin / boleh alas dgn baking paper.

3. Preheat airfryer suhu selama 8 minit. Bakar kek selama 20-25 minit suhu 160.

Untuk resepi ni, saya guna loyang 6inch. Lepas bancuh, saya biarkan adunan selama 30 minit sebelum dibakar.

Kredit: Amalina Razak

Resepi Kek Gula Hangus Versi Oven

Bahan: 

  • 170g gula
  • 160g air panas
  • 50g butter
  • 4 biji telur
  • 80g susu pekat
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Buat: 

1. Masak gula hingga keperangan. Kemudian, masukkan air panas dan tunggu hingga gula betul-betul larut. Masukkan butter. Ketepikan.

2. Pukul telur dalam satu bekas yang bersih, masukkan susu pekat, tepung serta soda bikarbonat yang telah diayak. Gaul rata.

3. Tuangkan gula karamel (hasil dalam langkah 1) dalam adunan, gaul rata.

4. Masukkan ke dalam loyang (saiz: 9″ x 5″) yang telah digris dengan butter / dialas dengan baking paper.

5. Rehatkan adunan selama 20 minit.

6. Masukkan adunan ke dalam oven yang sudah dipreheat, dibakar pada 150°c selama 30 minit.

Tonton video di bawah:

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment