Home Resipi Masakan Resepi Churros! Siapa suka makan, jom buat sama-sama!

Resepi Churros! Siapa suka makan, jom buat sama-sama!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • secubit garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur B

Cara-cara:

1. Satukan air, gula, mentega, esen vanila dan garam dalam kuali. Buka api dan kacau sampai gula larut, dan mentega cair.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

2. Tutup api, masukkan tepung sikit-sikit sambil kacau dengan senduk. Teruskan balik-balikkan tepung sampai doh yang lembut terhasil.

3. Telur pukul dadar sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus uli-uli dengan senduk, bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, uli dengan tangan sampai betul-betul sebati dan tidak ada lagi ketulan tepung.

Tips: Doh yang cantik adalah doh yang licin dan agak kenyal. Tak melekat di tangan.

4. Masukkan doh dalam piping bag. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper. Sementara paip churros, bolehlah panaskan kuali minyak.

5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.

6. Sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon.

SOS COKLAT

Bahan-bahan:

  • 100g coklat masakan
  • 1 sudu mentega (saya guna 2 sudu minyak jagung)

Cara: Cairkan secara double boil.

Credit: BBOS

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment