Resepi Bubur Ayam Yang Sedap Dan Mudah Dimasak! Anak-anak Tentu Suka!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Terasa ingin mau makan bubur ayam yang sedap? Di sini kongsikan resepi bubur ayam yang mudah dimasak di rumah, sesedap bubur ayam McD! Sekali masak, sekeluarga boleh makan bersama-sama! Jimat masa, jimat duit, yang penting, anak-anak tentu suka!

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
  • 1 batang lobak merah – potong dadu
  • 2 keping dada ayam – rebus dan carik
  • kiub pati ayam
  • Bawang putih – cincang halus
  • lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa
  • 1 inci halia – ketuk

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Cara-cara:

1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering, tambah lagi hingga jadi bubur.

2. Kemudian, masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ini boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.

3. Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) dan garam secukup rasa.

4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.

5. Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.

6. Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.

Selamat mencuba!

Kredit: Ana Mariana Ismail

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *