Home Semasa AirAsia Mengumumkan Polisi Bagasi Kabin Terbaru, Dikuatkuasa Mulai 7 Julai 2020!

AirAsia Mengumumkan Polisi Bagasi Kabin Terbaru, Dikuatkuasa Mulai 7 Julai 2020!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

AirAsia telah mengumumkan pengsyaratan mengenai polisi kabin , di mana bagasi beroda dibenarkan dibawa ke dalam kabin pesawat.

PENGUMUMAN TERBARU AIRASIA

Polisi ini akan dikuatkuasakan semula efektif dari 7 Julai 2020.

Anda dibenarkan untuk membawa hanya dua buah beg dengan jumlah keseluruhan yang dibenarkan untuk kedua-dua(2) beg ini perlulah tidak melebihi 7kg.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Anda hanya boleh membawa sebuah (1) Bagasi kabin yang berukuran tidak lebih 56cm x 36cm x 23cm yang termasuk pemegang bagasi, roda dan poket tepi. Bagasi ini juga perlulah muat untuk disimpan di dalam tempat simpanan overhed (Overhead compartment) di dalam kabin pesawat.

Anda juga dibenarkan untuk membawa sebuah (1) beg komputer riba, beg tangan, beg sandang atau apa-apa beg kecil lain yang berukuran tidak lebih 40cm x 30cm x 10cm. Beg tersebut juga perlulah boleh dimuatkan di bawah tempat duduk dihadapan anda.

Peringatan penting: Beberapa beg yang diikat, dibalut, atau terlekat bersama-sama tidak akan dikira sebagai sebuah bagasi kabin.

Jika anda berhasrat untuk membawa lebih dari had bagasi kabin yang ditetapkan, anda digalakkan untuk mempratempah elaun bagasi berdaftar anda sebelum penerbangan. Pembelian atau penambahan elaun bagasi berdaftar boleh dilakukan di laman airasia.com menerusi My Bookings, aplikasi mudah alih AirAsia, atau dengan berbual dengan AVA selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu perlepasan.

Bagasi Smart baggage adalah dibenarkan sebagai bagasi kabin dengan syarat:

  • Jika baterinya tidak boleh dikeluarkan, bateri tersebut mestilah tidak lebih dari 0.3g dan 2.7Wh untuk bateri ion litium.
  • Smart baggage yang menggunakan bateri litium yang melebihi had di atas dan baterinya tidak boleh ditanggalkan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam pesawat samada sebagai bagasi kabin mahupun bagasi berdaftar.
  • Jika baterinya boleh ditanggalkan, ia hendaklah ditanggalkan untuk dibenarkan dibawa ke dalam kabin pesawat sebagai bagasi kabin.
  • WiFi / Bluetooth / GPS haruslah dipadamkan.
  • Hanya maksimum 2 bateri gantian dibenarkan dalam bagasi kabin.

Pastikan anda maklum mengenai barangan yang dilarang dibawa di dalam bagasi kabin, dan had yang dikenakan untuk cecair, aerosol dan gel.

Jika anda menggunakan kerusi roda atau alat bantu pergerakan untuk bergerak, sila rujuk Soalan Lazim kami mengenai kerusi roda atau alat bantu pergerakan di dalam pesawat.

▼ Peruntukan bagasi kabin untuk bayi dan kanak-kanak

Bayi berumur di bawah 2 tahun tidak diberikan sebarang peruntukan bagasi kabin. Kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas akan diberikan peruntukan bagasi kabin yang sama seperti yang dinyatakan di atas.

Kereta sorong bayi boleh diangkut secara percuma seperti bagasi berdaftar dengan syarat barang-barang ini digunakan oleh kanak-kanak atau bayi. Jika tidak, peruntukan bagasi berdaftar mestilah dibeli.

Kereta sorong bayi Pockit atau kereta sorong bayi yang boleh dilipat dibenarkan sebagai bagasi kabin dengan syarat ia memenuhi keperluan peruntukan bagasi kabin kami.

▼ Barangan yang Dibeli di Lapangan Terbang

Semua barangan yang dibeli di lapangan terbang akan menjadi sebahagian daripada peruntukan bagasi kabin anda.

Hanya barangan bebas cukai yang dibungkus di dalam beg plastik kedap udara lut sinar (Security Tamper-Evident Bag) yang bertutup (sehingga ke destinasi terakhir anda) dan disertakan dengan bukti pembelian, dikecualikan daripada peruntukan bagasi kabin anda dengan syarat barangan tersebut adalah termasuk dalam peruntukan bebas cukai negara destinasi anda.

Notis penting: Peraturan berkaitan pengangkutan barangan bebas cukai mungkin berbeza bergantung pada polisi setiap pengendali lapangan terbang. Sekiranya ragu-ragu, sila semak dengan kakitangan kedai barangan bebas cukai tempatan anda.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment