Panduan Untuk Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang kepada rakyat Sarawak dari kategori berpendapatan rendah kumpulan B40. Seramai 430,000 rakyat Sarawak akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 untuk enam bulan bermula April hingga September 2020. 

 

Senarai penerima bayaran bantuan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Oleh yang demikian, permohonan bagi BKSS adalah tidak diperlukan. 

Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Kepada rakyat Sarawak yang layak tetapi tidak mendapat Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), anda boleh membuat rayuan bermula 18 April hingga 28 April 2020. Permohonan rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang dimuat turun dari laman web www.sarawak.gov.my dan hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan pemohon. 

Borang permohonan BKSS boleh dimuat turun di sini: [BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS]

Tempoh rayuan adalah dari 18 April hingga 28 April 2020. 

Selain itu, rayuan permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman web www.sarawak.gov.my. Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020 melalui laman web sarawak.gov.my.

Syarat Kelayakan Permohonan BKSS

✅ Penduduk Sarawak

✅ Permohonan BSH 2020

✅ Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)

✅ Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

✅ Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Soalan Lazim Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *