Pendaftaran Prasekolah 2021 Dibuka Mulai 1 Mac 2020! Panduan Daftar Secara Online !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Pendaftaran Prasekolah 2021 Akan Dibuka Mulai 1 Mac 2020!Bagi Ibubapa yang berhasrat mendaftarkan anak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2021, anda boleh membuat permohonan melalui dua cara iaitu Secara atas talian (online) dan  Secara manual melalui sekolah dimohon.

Berikut Merupakan Panduan Dan Syarat bagi Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM !! Share dengan lain ya~

Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

A. Secara atas talian (online)
#Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my

#Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan.

#Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.

#Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang sebagai panduan.

B. Secara manual melalui sekolah dimohon
#Ibu bapa/penjaga perlu mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.

#Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

#Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar borang permohonan yang lengkap diisi bersertadokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.

TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Atas Talian (Online) : 1 Mac hingga 30 April tahun sebelum
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelum

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN

a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.

b. Kanak-kanak berumur 5+ (lahir 2 Januari hingga 31 Disember) dan 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan.

c. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan.

PEMILIHAN SEKOLAH
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.

PEMILIHAN MURID
a. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.

b. Keutamaan kepada murid yang berumur 5+

# Proses Permohonan Secara Dalam Talian:

#Proses Permohonan Secara Manual:

Panduan Permohonan Secara Dalam Talian:

1# Layari Laman Web E-Prasekolah
Layari laman web rasmi E-Prasekolah di  https://eprasekolah.moe.gov.my

2# Isi Butiran yang berkenaan

3#Kemaskini Maklumat dan Cetak Boleh Permohonan dan dihantar ke sekolah yang dimohon bersama dengan dokumen yang lain

4# Semak Keputusan Permohonan pada 5 Ogos 2020

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *