Home Semasa Bank Negara Mengumumkan Penangguhan Bayaran Pinjaman Kereta Bukan Lagi Secara Automatik, Faedah Akan Dikenakan!

Bank Negara Mengumumkan Penangguhan Bayaran Pinjaman Kereta Bukan Lagi Secara Automatik, Faedah Akan Dikenakan!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Menurut kenyataan dari Bank Negara Malaysia, pelanggan dikehendaki untuk memberitahu pihak bank berkenaan dengan pilihan pembiayaan sewa beli kenderaan mereka untuk tempoh 6 bulan ini.

Penangguhan bayaran ansuran bulanan kenderaan bukan lagi secara automatik dan peminjam perlu memberitahu bank sama ada mereka ingin membuat penangguhan bayaran atau teruskan pembayaran.

Mulai 1 Mei, pelanggan Hire Purchase atau Fixed Rate Islamic Financing akan menerima SMS, Email atau Registered Mail daripada pihak bank berkenaan dengan langkah / tindakan yang perlu diambil berhubung dengan pilihan pembiayaan sewa beli kenderaan.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Peminjam yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik:

Pilihan 1# Peminjam boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan sekali dengan pembayaran ansuran untuk bulan Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.

Pilihan 2# Peminjam boleh memilih untuk meneruskan pembayaran balik ansuran selepas Oktober 2020 dengan melanjutkan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal. Faedah akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh berdasarkan kadar kontrak.

Bagi peminjam yang tidak mengesahkan secara rasmi berkenaan dengan moratorium sebaik sahaja menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium dan peminjam perlu meneruskan pembayaran ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal.

Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysia tidak akan mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh peminjam yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih daripada 30 Jun 2020.

Sekiranya bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru daripada Julai 2020 seterusnya.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment