Home Semasa PERHATIAN! LHDNM tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS.

PERHATIAN! LHDNM tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS.

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Perhatian kepada semua! LHDNM telah membuat pengumuman bahawa penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN tersebut.

Dengan ini, terdapat sesetengah pihak yang ingin mengambil peluang untuk membuat penipuan dengan meminta maklumat peribadi dan perbankan melalui SMS.

Pihak LHDNM telah membuat pengumuman pada hari ini bahawa, LHDNM hanya akan menghantar pemakluman kelayakan BPN kepada penerima melalui SMS dengan NOMBOR 62000 atau 63833. Selain itu, LHDNM juga tidak akan meminta maklumat peribadi atau perbankan daripada para penerima BPN melalui SMS.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Maka, adalah diingatkan bahawa para penerima BPN hanya akan menerima SMS daripada LHDNM melalui nombor yang ditetapkan (62000 atau 63833), dan jangan sesekali menghantar maklumat peribadi atau perbankan.

Berikut merupakan SMS daripada SCAM: 

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment