Laptop Perlahan? 10 Tips Jadikan Laptop Anda Lebih Laju!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Laptop perlahan? Jangan bimbang~ 10 Tips jadikan laptop anda lebih laju secara percuma, tidak payah hantar ke kedai komputer untuk service~ Jom cuba!

10 TIPS JADIKAN LAPTOP LEBIH LAJU

1# Kurangkan Startup

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Maksud startup (software yang hidup sendiri selepas on laptop) . Nak tutup semua Startup? Senang je! Ikuti langkah berikut:

  • Tekan kekunci Windows + R serentak.
  • Taip msconfig pada ruang disediakan.
  • Klik pada tab Startup.
  • Untick segala perisian yang anda tidak mahu ianya launch semasa startup.

2# Clean Up Disk 

Gunakan utility Clean Up Disk untuk buang data yang memang tak guna duduk jauh dalam subfolder. Data macam temporary internet files, downloaded program files ni semua buat penuh storage.

Jadi, gunalah clean up disk.

3# Kosongkan Recycle Bin

Recycle bin yang penuh dengan dokumen yang anda delete memang akan buat laptop lembab.

Ingat, dokumen yang delete masih ada dalam Recycle Bin. Kalau recycle bin penuh, storage pun penuh.

4# Guna Disk Defragmenter

Disk defragmenter berfungsi untuk menyusun semula data yang disimpan pada storage.

Cara lajukan laptop guna Disk  Defragmenter:

  • Search Disk  Defragment (Windows 7) & Optimize Drive (Windows 10).
  • Klik analyze terlebih dahulu.
  • Sebaik sahaja analyze siap, klik defragment disk.

5# Guna Performance Troubleshooter

Tukarkan power setting ke High Performance. Ini akan tetapkan processor untuk berkelajuan tinggi setiap masa. Cara buka utility ini:

  • Buka system and security di Control Panel.
  • Klik find and fix problems.
  • Klik check for performance issues dan tekan Next.

6# Setting Visual Effect

Setting ini akan menutup segala animasi untuk lajukan laptop anda. Caranya untuk setting visual effect pada performance options ialah:

  • Search performance options pada Windows.
  • Pada tab visual effect, klik adjust for best performance.
  • Klik Apply dan siap.

7# Buang Dokumen 

Dokumen banyak buatkan storage penuh. Tinggalkan 20GB ruang kosong untuk bagi OS lancar. Kalau tak nak buang, boleh gunakan CLOUD STORAGE.

Contoh cloud storage: Google Drive, Dropbox, OneDrive dan lain-lain.

8# Buang Crapware

Untuk senang faham, crapware dan bloatware ialah software yang memang tak guna langsung.

  • Crapware dipasang tanpa kerelaan dna keredhaan anda.
  • Bloatware pula adalah perisian pasang yang memang telah sedia ada masa anda baru beli taptop tersebut.

9# Buang Virus

Virus buat laptop lembab sebab dia bergerak (running) secara background. Sebab itu penting untuk anda install antivirus. Sekarang ini banyak antivirus yang free, tapi jangan lebih dari satu!

10# Tutup Search Indexing 

Search indexing selalu menyebabkan laptop slow. Sebagai penyelesaian, ianya perlu dimatikan. Cara untuk tutup search indexing:

  • Buka indexing options pada control panel
  • Klik modify
  • Untick semua

Kredit: MauKerjaMY

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *