Langkah-langkah daftar e-Filing !!Lapor Cukai Secara Online ! Senang & Jimat Masa!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Pembayar Cukai boleh melaporkan Pendapatan 2019 mulai 1 MAC 2020,bagi pembayar cukai yang belum daftar akaun e-Filing,boleh merujuk kepada panduan/langkah berikut:

Langkah-langkah Mendaftar e-Filing

1. Isi Maklumat Melalui 【e-Daftar】
Log masuk ke laman sesawang di bawah【e-Daftar】 dan isi butiran peribadi anda. Pastikan butiran anda betul.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai.

laman Web e-Daftar :  http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php

2. Muat naik salinan dokumen berikut bersama permohonan:
2.1 Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan.
2.2 Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
2.3 Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.

3. Semak status permohonan menggunakan nombor permohonan.
Anda akan diberi nombor No. Permohonan. Salin nombor itu. Contoh nombor permohonan  seperti gambar dibawah:

4. Dapatan No. Pin dan No Rujukan.
Selepas tiga hari, gunakan No. Permohonan anda untuk log masuk ke laman sesawang di bawah untuk mendapatkan No. Pin dan No Rujukan.

http://edaftar.hasil.gov.my/info.php/

5. Login Kali Pertama
Setelah mendapat No Pin dan No, Rujukan, log masuk ke laman sesawang rasmi di bawah dan pilih Login Kali Pertama.

Laman Web e-filling: https://ez.hasil.gov.my/CI/

6. Masukkan No.PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin Langkah 2 bagi Login Kali Pertama seperti di bawah.

7. Isikan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Setuju.
Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin Langkah 3, seperti di bawah.


8. Klik butang Hantar untuk teruskan tindakan Login Kali Pertama.
Sistem ezHASiL akan memaparkan mesej seperti di bawah, jika berjaya.

9. Klik pautan sini, untuk meneruskan Log Masuk.

10 . Pilih Borang yang berkaitan untuk mengisi e-Filing.

  • e-BE untuk individu tanpa sumber perniagaan (jika anda seorang pekerja).
  • e-B untuk individu yang mempunyai sumber perniagaan.

7. Isikan e-Borang anda.

* Anda boleh mula mengisi e-Filing mulai 1 Mac.

Maklumat Lanjut:

PELEPASAN CUKAI TERBARU YANG MESTI ANDA TAHU! KLIK UNTUK LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR E-FILING:

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *