Home Resipi Masakan Resepi Pelbagai Jenis Kek Batik, Mana Yang Anda Suka?

Resepi Pelbagai Jenis Kek Batik, Mana Yang Anda Suka?

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Resepi pelbagai jenis kek batik. Mana yang anda suka?

KEK BATIK TOPPING GANACHE

Bahan kek batik*

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 600g bskt marie (patah2kan)
  • 200g butter
  • 1 paket Milo 3in1
  • 1/2 tin susu pekat (sy x suka manis.. jdi sy kurang kan ..sy letak suku je)
  • 4sb serbuk koko
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 biji telur
  • 1sk Esen vanila

*Bahan2 topping@ganache*

  • 100g dark compound
  • 100g milk compound
    (beryls)
  • 200ml whipping cream
  • 1 sdb butter

✅ *Double boil* semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

Cara-cara buat

1. Guna api kecil

2. Cairkan *butter*,

3. masukkan *susu* kacau2 dlu

4. Masuk *serbuk koko & milo*,kacau cpt tkt beketul

5. Masukkan *air panas* spruh cwn

6. Tutup api,masukkan *telur*,jgn stop kcau,kcau laju2,tkt berketul..

7. Hidupkan api semula

8. Masukkan *esen vanilla*

9. Kacau2 lg bg sebati semua..

10. baru masukkan *biskut*.. gaul biskut dgn adunan coklat td smpai semua bersalut coklat and bskut jd lembut,xde rangup..
Baru angkat masuk loyang berlapik dgn kertas minyak… atau plastik

11. Smpn kek dlm peti 10-15min

12. Keluarkan balik baru tekan2 dgn sudu…

13. Bg permukaan dia rata..

14. Baru tuang choc ganache..

KEK BATIK KARAMEL

Bahan: (sukatan cawan)

  • 1/2 cawan butter/ marjerin pelangi pun sedap gak
  • 1 cawan gula perang
  • 1/4 cawan whipping cream/ boleh guna susu cair
  • 1/4 cawan susu pekat
  • Biskut 4 segi 20 keping * boleh guna biskut mery dlm 25 keping.

Cara-cara:

1. Cairkan butter bersama gula perang.

2. Kacau sehingga gula larut kemudian tuangkan whipping cream. Apabila nampak sos karamel mula berbuih tutupkan api sebentar.

3. Buka api semula dan kacau lagi sampai nampak gula sebati bersama cream, akhir sekali masukkan susu pekat.

4. Boleh tutup api sambil kacau sos karamel sehingga tekstur mula memekat.

5. Pecah-pecahkan biskut dan masukkan ke dalam sos karamel. Gaul bersama sehingga bersalut.

6. Lapikkan loyang dengan cling wrap, ( guna plastik pun boleh) masukkan semua biskut yang bersalut karamel ke dalam loyang.

7. Padatkan biskut tekan-tekan sehingga padat di dalam loyang. Masa ni boleh tambah coklat rice,coklat chip dan badam..nak letak apa pun boleh atas tu.

8. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau freezer selama 30 minit.

9. Setelah batik karamel mengeras boleh potong dengan pisau tajam dan hidangkan. Boleh gandakan adunan klau nak byk.

Kredit : Blog Resepi Bonda

KEK BATIK PANDAN 


Bahan2nya

  • 2 bungkus roti marie..di tumbuk2 jgan terlalu hancur
  • 1 tin tinggi susu manis
  • Setengah tin susu cair…tau 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn nestum di blender halus
  • 200 gm mentega tau merjerin
  • Sedikit pandan pes

Cara membuat

1. Cair kan mentega…sampei betul2 cair

2. Pas ya..msuk kan susu manis gaulkan..sampei rata2…pas ya..msuk kan susu cair..gaul smpei rata…api sentiasa kecik…masuk kan nestum..gaul lagi…masuk kan pandan pes…sambil ya gaul rata…terus masuk kan roti marie tdi..yg dh di patah2…ttp api..gaul lagi..smpei nya sebati….terus masuk kan dlm acaun…tekan rata2…siap

KEK BATIK CREAM CRACKERS

Bahan A

  • Butter 1 ketul
  • Telur 3 biji
  • Gula 1/2 cawan
  • Esen vanilla 1 sudu kecil

Bahan B

  • Serbuk koko 7 sudu
  • Milo 7 sudu
  • Susu pekat 1/2 tin
  • Air panas 1 cawan
  • Nestum 1 cawan
  • 1 bungkus cream crackers (biskut 4 segi)

Cara-cara:

1. Putarkan bahan A sehingga kembang, tambahkan serbuk koko, milo, susu pekat. Kacau sebati

2. Masukkan air panas dan kacau di atas api sederhana.

3. Masukkan nestum dan kacau sehingga pekat.

4. Lapiskan biskut dan bahan yang dimasak berselang seli. (Gaulkan sekali pn boleh, patahkan biskut dahulu)

5. Simpan dalam peti 1 jam atau lebih. Ok dah boleh ngap??

Credit : Suwaibah Hussin

KEK BATIK CHEESE TANPA TELUR

Kredit: Viramon

Bahan Bahan :

  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 125g butter
  • 1 bungkus biskut merry

Cara Cara :

1. masukkan butter dalam kuali , api slow je ya .

2. bila butter dah separuh cair , masukkan susu pekat . gaul sebatikan .

3. masukkan pula serbuk koko dan milo , gaul sama rata jangan bagi berketul . kalau dah berketul nanti tak cantik keknya .

4. bila dah sebati , tuang pula susu cair . kacau lagi sampai dia betul betul pekat dan warnanya jadi gelap .

5. agak agak dah pekat , masukkan biskut merry yang dah dipatah patahkan .

6. tuang dalam loyang yang dah dialaskan dengan plastik , tekan tekan dengan sudu biar padat dan permukaan rata. sejukkan .

Cream Cheese 

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sb susu cair
  • 1 sb air lemon

Cara Cara :

1. putarkan cream cheese dengan susu pekat sehingga kembang , masukkan pula susu cair dan air lemon , putar lagi sampai cheese menjadi gebu .

2. tuang ke atas kek batik tadi , ratakan .

3. taburkan topping di atas cheese jika suka .

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment