Infomasi Terkini AirAsia! Hanya Bagasi Kabin 5kg Dibenarkan Dibawa Ke Dalam Pesawat!

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Infomasi terkini mengenai AirAsia! Bagasi kabin yang boleh dibawa ke dalam pesawat tidak melebihi 5kg!

AirAsia telah mengumumkan peraturan terbaru mengenai bagasi kabin yang boleh dibawa ke dalam pesawat, peraturan ini akan berkuatkuasa mulai hari ini.

✅ Tidak melebihi 40 cm (tinggi) x 30 cm (lebar) x 10 cm (panjang)

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

✅ Tidak melebihi 5kg

Anda hanya dibenarkan membawa beg komputer riba, beg tangan, beg galas atau apa-apa beg bersaiz kecil yang lain ke dalam pesawat.

Bagasi kabin bersaiz 21 inci tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat, dan anda dikehendaki untuk membeli bagasi AirAsia, hal ini adalah untuk mengurangkan persentuhan dengan bagasi-bagasi penumpang AirAsia.

Peraturan terbaru ini akan berkuatkuasa untuk sementara dalam tempoh pencegahan penularan COVID-19.

Penumpang-penumpang AirAsia juga dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan seperti menggunakan topeng muka, mengamalkan jarak sosial yang selamat dan sebagainya.

Penumpang yang tidak menggunakan topeng muka tidak dibenarkan untuk daftar masuk dan menaiki pesawat.

Untuk maklumat lanjut, sila melayari Laman Rasmi AirAsia.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *