Cara Mendapatkan Diskaun Bil Elektrik Sebanyak 50% Selama 6 Bulan

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Di bawah Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian diskaun tambahan kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan memberi tumpuan kepada pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 600kWh atau RM231.80 sebulan. Kadar diskaun adalah di antara 15% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing bermula penggunaan 1 April hingga 30 September 2020.

Kategori Pengguna yang Layak Menerima Diskaun Bil Elektrik

  • Perdagangan
  • Perindustrian
  • Pertanian Spesifik
  • Domestik / Kediaman

Kadar Diskaun Berdasarkan Sektor Perniagaan Terpilih, Kategori Pengguna dan Jumlah Penggunaan

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Diskaun bil elektrik diberikan untuk tempoh enam (6) bulan mulai penggunaan elektrik 1 April sehingga 30 September 2020 untuk semua kadar diskaun.

Ini bermakna bagi bil elektrik yang diterima dalam bulan April dan meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Mac dan April 2020, diskaun akan dikira secara prorata berdasarkan penggunaan dalam bulan April 2020. Sekiranya bil yang diterima dalam bulan April 2020 hanya meliputi penggunaan sehingga 31 Mac 2020, tiada diskaun yang akan diterima oleh pengguna bagi bil tersebut.

Jenis-jenis Tarif yang Layak Menerima Diskaun Bil Elektrik

Bagaimanakah Pengiraan Diskaun Bil Elektrik Dibuat?

Contoh 1: Berdasarkan Bacaan Sebenar bagi Pengguna Tarif Perdagangan yang Layak Menerima Diskaun 15% (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Contoh 2: Berdasarkan Bacaan Sebenar bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan > 600kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Contoh 3: Berdasarkan Bacaan Sebenar bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan Antara 201kWh hingga 300kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Pembilan Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Semasa tempoh PKP, operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal ke premis dihentikan. Bil elektrik akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya. Diskaun bil elektrik pula akan dikira berdasarkan bil anggaran tersebut. Pelarasan bil dan diskaun yang berkenaan akan dibuat setelah bil bacaan sebenar diperolehi.

Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik 

Untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50% bil elektrik, anda perlu pastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200kWh atau RM43.60 sebulan.

Antara cara-cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah termasuklah:

✅ Tutupkan lampu apabila tidak digunakan.

✅ Gunakan mentol lampu cekap tenaga (LED).

✅ Kurangkan kekerapan buka tutup peti sejuk.

✅ Cuci penapis pendingin hawa dengan kerap.

✅ Hadkan penggunaan pendingin hawa.

✅ Kurangkan penggunaan peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik (gunakan cerek biasa di atas dapur gas), mesin basuh dan pengering pakaian.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *