Home Semasa Bayaran Denda Untuk Kehilangan MyKad dan Prosedur Permohonan!

Bayaran Denda Untuk Kehilangan MyKad dan Prosedur Permohonan!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengna segera memohon kad pengenalan gantian.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda yang akan dikenakan terhadap warganegara Malaysia yang menghilangkan MyKad atas kecuaian sendiri. Berikut merupakan kadar bayaran yang akan dikenakan untuk kehilangan kali pertama, kedua dan ketiga:

Kadar Bayaran Denda Untuk Kehilangan MyKad Disebabkan Kecuaian Sendiri

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • Kehilangan MyKad Kali Pertama: RM100
  • Kehilangan Mykad Kali Kedua: RM300
  • Kehilangan Mykad Kali Ketiga dan Seterusnya: RM1000

Walau bagaimanapun, pengecualian kadar bayaran denda akan diberikan kepada golongan berikut:

  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Fakir miskin
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Mangsa bencana
  • Kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut
  • Remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.

2. Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya). Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

DOKUMEN SOKONGAN (ASAL DAN SALINAN)

1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau

2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau

3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya, laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

4. Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai, pendapatan / perjanjian jual beli rumah / perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu / Ketua Kampung / Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan / Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

BAYARAN /FI

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment