Home Semasa Cara Mengemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Pembayar Cukai Untuk Mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)!

Cara Mengemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Pembayar Cukai Untuk Mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Bagi kategori penerima Bantuan Prihatin Nasional yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM tidak perlu memohon atau mengemukakan permohonan baharu.

Namun, pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM haruslah memastikan bahawa maklumat akaun bank yang didaftarkan dalam LHDNM adalah tepat, supaya bayaran bantuan dapat dimasukkan secara terus ke akaun bank berkenaan.

* Bagi golongan rakyat yang bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga bukan pembayar cukai, maka boleh mula membuat pendaftaran melalui LHDNM mulai 1 April 2020 secara dalam talian.

Pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui langkah berikut:

Langkah 1: Melayari laman rasmi LHDNM (https://ez.hasil.gov.my/CI/)

Langkah 2: Log masuk ke akaun anda.

Langkah 3: Klik “Profile”

Langkah 4: Klik “e-Kemaskini”.

Langkah 5: Isikan maklumat akaun bank yang tepat, selesai kemaskini.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment