Langkah-langkah Memohon Bayaran Balik Tiket Penerbangan AirAsia Akibat Covid-19

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Syarikat penerbangan seperti AirAsia telah / akan membatalkan penerbangan mereka ke luar negara kerana adanya sekatan perjalanan akibat daripada wabak Covid-19.

Sehubungan itu, pelanggan yang telah menempah tiket penerbangan boleh memilih untuk menukarkan jadual perjalanan atau membatalkan penerbangan mereka.

Untuk pelanggan AirAsia yang ingin membatalkan penerbangan, anda boleh memohon bayaran balik terus ke akaun bank atau akaun BigPay. Tuntutan bayaran balik ini hanya untuk tempahan penerbangan yang bermula sekarang hingga ke 31 Mac 2020.

Langkah-langkah untuk memohon bayaran balik adalah seperti berikut:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

1. Layari laman sesawang Refund AirAsia. KLIK SINI.

2. Klik Chat with AVA di sebelah kanan.

3. Klik Refund / Check Refund Status.

4. Klik AirAsia New Refund Request.

5. Klik Flight Cancellation Refund.

6. Klik Refund.

7. Isikan semua maklumat yang diminta seperti Booking Number, Guest’s Family/Last Name, Guest’s First Name, Date of Birth dan Email Address yang digunakan semasa menempah tiket.

8. Taip Y untuk membatalkan semua penerbangan di bawah booking number tersebut atau taip N untuk membatalkan salah satu penerbangan.

9. Pilih nama penumpang yang memohon bayaran balik. (Jika semua penumpang, masukkan semua ikut format yang ditentukan.)

10. Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut.

11. Pilih jenis bayaran balik anda (sama ada akaun kredit AirAsia Big Member atau akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu). 

12. Anda akan menerima nombor kes daripada AVA. Anda juga akan menerima emel yang mengandungi nombor kes.

Setelah anda selesai langkah-langkah di atas, status bayaran balik anda adalah dalam proses.

Proses tuntutan akan mengambil masa 30 hari. Tapi kebiasaannya, wang akan dimasukkan ke dalam akaun sama ada akaun BigPay atau akaun bank dalam masa satu hingga dua minggu.

Untuk semak status tuntuan anda, anda juga boleh klik Chat with AVA, Check Refund Status dan masukkan nombor kes anda.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *