Home Resipi Masakan 12 Aneka Resepi Biskut Raya! Boleh Buat Mulai Hari Ini!

12 Aneka Resepi Biskut Raya! Boleh Buat Mulai Hari Ini!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan pelbagai resepi untuk biskut raya yang sedap-sedap belaka!

Biskut Suji 

Bahan:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus (gula kastor)
  • 1 cawan minyak sapi
  • Hirisan buah ceri merah sebagai hiasan

Cara Buat:

1. Cairkan minyak sapi dalam kuali dan tuang ke dalam bekas menguli.

2. Campurkan dengan 1 cawan gula halus.

3. Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata sehingga sebati.

4. Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.

5. Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.

6. Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.

7. Sapu minyak dengan marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang sudah dibentuk bulat.

8. Bakar pada suhu 150°c dalam masa 15 minit.

Biskut Nestum

Bahan:

  • 250g butter
  • 100g kismis atau ganti dengan choc chip
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Buat:

1. Pukul butter dengan gula hingga putih.

2. Masukkan telur dan esen vanila, kacau sebati.

3. Masukkan semua tepung dan nestum, kemudian masukkan kismis.

4. Uli hingga sebati.

5. Bentukkan biskut ikut citarasa, kemudian bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165°c.

Jejari Oat

Photo Credit: My HomeRecipes

Bahan:

  • 250g mentega
  • 4 oz gula kaster
  • 2 cawan oats – dikisar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum

Bahan Hiasan (disatukan):

  • Gula aising
  • tepung susu

Cara Buat:

1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan oats. Gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan seperti jejari atau ikut suka. Bakar pada suhu 170°c selama 10-15 minit.

4. Selepas ia sejuk, golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.

Semperit Susu

Bahan: 

  • 1 ketul butter
  • 2 cawan susu pekat
  • 3 cawan setengah tepung jagung

(jika lembik tambah lagi sampai sehingga tak melekat pada tangan)

Cara Buat:

1. Pukul butter dan susu sebati, tidak perlu kembang sangat.

2. Masuk tepung sikit demi sedikit, bila tidak cukup tambah lagi.

3. Kalau tepung tidak melekat kira cantik untuk ditekan, boleh letak pewarna.

4. Dah siap bakar dengan api atas bawah 170°c selama 20 minit.

Almond London

Bahan:

  • 250g mentega
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • badam biji dipanggang secukupnya.
  • Badam cincang untuk hiasan
  • coklat masakan secukupnya
  • mangkuk kertas / paper cup
  • sedikit minyak jagung

Cara Buat:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.

2. Masukkan nestum, tepung jagung dan tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.

3. Ambil sedikit doh, isi badam dan bentukkan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.

4. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.

5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.

6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji-biji.

7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.

8. Biarkan coklat membeku pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Red Pearl Cookies

Bahan: 

  • 150g butter
  • 150g tepung gandum
  • 75g gula kastor
  • 60g cornflakes
  • 50g choc chip
  • 25g almond nibs
  • 1 sudu esen vanila
  • Ceri merah, dihiris halus memanjang

Cara Buat:

1. Masukkan butter dan gula dalam mangkuk besar. Hanya gaul pakai senduk untuk sebati sahaja. Tak perlu pukul pakai mixer. Nanti terlebih gebu dan biskut akan terlalu kembang dan leper bila dibakar.

2. Kemudian masukkan semua bahan di atas kecuali ceri merah.

3. Jika sudah sebati, sudukan atas dulang pembakar, jangan terlalu besar.

4. Akhir sekali, hias dengan hirisan ceri merah.

5. Bakar pada suhu 150°c selama 20-25minit bergantung pada oven masing-masing.

Sarang Semut

Bahan: 

  • 1 cawan marjerin
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 tepung gandum diayak
  • 1 1/2 tepung kastad diayak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan hiasan:

  • Coklat rice
  • Paper cup kecil

Cara Buat:

1. Masukkan marjerin dan gula, pukul sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata, ulikan menjadi satu doh, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15 minit.

4. Dengan menggunakan jurai sarang semut / pemarut sarang semut, parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan kemudian sudukan ke dalam papercup.

5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c, selama 15 minit atau sampai masak.

Bangkit Susu

Bahan: 

  • 250g tepung ubi
  • 1 helai daun pandan digunting kecil
  • 2sb gula icing
  • 3sb susu pekat manis
  • 100g marjerin

Cara Buat: 

1. Sangar (goreng kering) tepung ubi bersama daun pandan sehingga ringan dan sejukkan.

2. Ayak tepung dalam mangkuk. Masukkan gula dan susu, uli sehingga sebati.

3. Masukkan mentega sikit-sikit dan uli sehingga lembut dan boleh dikepal.

4. Canai doh dan terap guna acuan pilihan. Susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu 150°c selama 12-15 minit atau ikut kepanasan oven masing-masing.

5. Sejukkan dulu baru simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Coklat Urai 

Bahan: 

  • 250g mentega
  • 140g gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 480g tepung gandum
  • 50g serbuk badam
  • 50g serbuk koko
  • 2 sudu teh esen vanila
  • coklat urai – untuk hiasan

Cara Buat:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanila.

3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan tepung (dimasukkan sedikit demi sedikit), pukul hingga menjadi adunan yang lembut.

4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.

5. Tabur coklat urai di atasnya dan bakar pada suhu 175°c selama 20 minit.

Florentine Cookies

Bahan: 

  • 200g tepung florenta
  • 200g badam keping
  • 100g kuaci hitam
  • 20g bijan hitam

Cara Buat:

1. Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven pada suhu 160°c selama 5 minit.

2. Satukan semua bahan dalam bekas, gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna.

3. Sediakan loyang 14 x 14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja.

4. Panaskan oven pada suhu 160°c.

5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.

6. Bakar dalam oven selama 10 minit.

7. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan.

Biskut Mazola

Bahan: 

  • 2 1/2 cawan tepung gandum diayak
  • 1/2 cawan gula icing diayak
  • 2 cawan kacang tanah dikisar
  • 1 cawan minyak jagung

Hiasan:

  • Kuning telur
  • Kacang tanah goreng

Cara Buat:

1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.

2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.

3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar sehingga masak antara suhu 150 – 180°c, masa antara 20-25 minit mengikut oven masing-masing.

Almond Coklat Chips 

Bahan:

  • 180g mentega
  • 30g shortening
  • 1 kuning telur
  • 50g gula perang
  • 50g gula castor
  • 180g tepung redrose
  • 30g tepung ubi
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1/2 tsp coklat emulco
  • 100g coklat chips
  • 60g almond nibs

Cara Buat:

1. Satukan tepung redrose, tepung ubi dan soda bikarbonat.

2. Putar shortening, mentega, gula dan telur sehingga sebati.

3. Masukkan coklat emulco, masukkan almond nibs dan coklat chips.

4. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.

5. Ambil sejemput adunan dan susun di dalam dulang pembakar dan tekan dengan garpu.

6. Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 180°c.

Sumber: Internet

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment