Home Lifestyle 5 Tips Isi Minyak Yang Korang Tak Tahu! Rahsia Jimatkan Minyak Kereta!

5 Tips Isi Minyak Yang Korang Tak Tahu! Rahsia Jimatkan Minyak Kereta!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Ikut tips-tips di bawah akan membantu anda jimatkan minyak kereta!

Tips 1# Isi Minyak Dengan Perlahan-lahan

Dengan cara ini, petrol dapat masuk ke tangki dengan sepenuhnya. Anda juga perlu kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Cara ini dapat menjimatkan petrol dengan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Tips 2# Isi Minyak Semasa Tangki Separa Penuh

Semakin banyak baki minyak dalam tangki, semakin kurang kapasiti ruang udara yang akan dipenuhi wap, maka anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

Tips 3# Isi Petrol Ikut Liter 

Amalkan pengisian minyak dalam liter, bukannya wang ringgit.

Contohnya: Isi petrol 20 liter dengan bayaran RM42, lebih baik daripada mengisi petrol sebanyak RM40, dengan petrol yang diisi adalah 19.0476 liter, sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Tips 4# Isi Minyak Pada Waktu Pagi Atau Pada Suhu Sejuk

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding suhu panas di siang hari, kerana wap petrol yang berlebihan akan keluar dari tangki minyak kenderaan ketika suhu panas, ini amat membazirkan petrol.

Tips 5# Jangan Isi Minyak Ketika Trak Petrol Sedang Mengepam Minyak

Semasa trak petrol sedang mengepam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, petrol dalam tangki simpanan bawah tanah mungkin telah dikacau dan menyebabkan mendapan-mendapan bawah tangki minyak simpanan masuk ke dalam tangki minyak kenderaan anda sekiranya anda mengisi minyak pada ketika itu.

Peringatan Ketika Mengisi Minyak di Stesen Petrol

  • Matikan enjin kereta
  • Elakkan penggunaan telefon bimbit
  • Kunci kereta semasa mengisi minyak

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment