Home Lifestyle 10 Tips Membersihkan Rumah Dengan Mudah dan Berkesan!

10 Tips Membersihkan Rumah Dengan Mudah dan Berkesan!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Membersih atau mengemas rumah merupakan kerja yang agak memenatkan jika tidak menggunakan teknik yang betul. Berikut merupakan beberapa tips membersihkan rumah dengan mudah, berkesan serta menjimatkan masa dan kos!

1# Menanggalkan kesan hitam pada lantai

Menggunakan perahan lemon bersama sedikit garam sebagai pengganti kepada bahan peluntur atau klorox.

Caranya: Campurkan 1/2 cawan jus lemon ke dalam 1/2 cawan air. Tambahkan 1/4 cawan dengan garam

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Siram pada dinding dan lantai jubin. Biarkan selama 10 minit atau sehingga keluar kerak-kerak hitam pada lantai. Bilas dan ulang sekali lagi. Ia juga berkesan menanggalkan kesan hitam pada papan pemotong.

2# Membersihkan tandas

Caranya: Campurkan air dan cuka pada nisbah 1:1, kemudian tuang dalam botol spray.

Setiap minggu, semburkan cairan tersebut pada permukaan yang kotor seperti tandas. Kesan hitam yang susah ditanggalkan akan mudah hilang.

3# Membersihkan periuk 

Air panas sesuai digunakan untuk membersihkan periuk yang melekat dengan kesan makanan. Anda juga boleh menanggalkan karat hitam atau kerak yang tertinggal pada permukaannya.

Caranya: Rebus air dalam periuk besar dan masukkan setengah cawan soda penaik ke dalamnya. Kemudian, masukkan penapis ke dalam periuk. Kesan minyak dan kotoran akan perlahan-lahan tanggal dengan sendiri. Apabila kotoran tiada lagi, alih periuk dan tutup api.

Boleh juga masukkan separuh cawan cuka untuk menanggalkan kerak-kerak degil yang masih melekat.

4# Membersihkan baju putih

Caranya: Masukkan soda penaik dalam botol spray bersama sedikit cuka. Apabila soda penaik sudah larut, masukkan setitik sabun cecair. Goncang biar sebati dan sembur pada bahagian yang kotor. Biarkan selama 10 minit atau sehingga kering.

5# Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan

Arang boleh digunakan untuk menyahbau yang tidak menyenangkan.

Caranya: Masukkan beberapa ketul arang dalam bungkusan yang berlubang seperti beg plastik yang dilubangkan atau beg kain yang boleh mengalirkan udara.

6# Mewangikan rumah

Campurkan softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah seperti langsir dan sofa jenis fabric. Bau wangi akan tahan lebih lama.

7# Menyegarkan bilik air 

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran ke sekitar bilik air.

8# Wangikan peti ais

Matikan suis. Keluarkan semua isi dan makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais. Selepas kering, sapu sedikit esen vanila ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais. Tutup peti ais selama 30 minit sebelum masukkan semula isi dan makanan ke dalamnya.

9# Hilangkan kotoran sinki stainless steel

Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki. Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian, bilas dengan air panas.

10# Lap perabot 

Lap perabot dengan menggunakan bancuhan air dan softener pakaian dengan kadar 10:1, supaya habuk tidak melekat pada perabot.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment